| Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas
dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan
Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman
pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika.
Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan
bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara
komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi
adalah ditanam untuk keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai
buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di
Malaysia. | | |
| | Dengan sifat-sifatnya yang luar biasa, terutama dari segi rasa yang
terdapat pada buah telah menempatkan durian sebagai buah yang paling
terkenal dinegara kita. Selain dari itu buah-buah seperti rambutan, manggis,
mangga, limau tempatan, ciku, duku, langsat, nangka dan cempedak adalah
termasuk dalam senarai buah-buah yang disukai ramai.
Buah-buahan tempatan ini boleh dibahagikan dua kumpulan yang besar.
(a) Buah-buahan tak bermusim
(b) Buah-buahan yang bermusim
Buah-buahan yang tidak bermusim ini dapat diperolehi disepanjang tahun,
walaubagaimanapun pada satu-satu masa tertentu terdapat pengeluaran yang
berlebih-lebihan dari masa-masa lain. Diantara jenis buah-buah yang tidak
bermusim yang senang diperolehi ialah pisang, betik, nenas, jambu, belimbing,
tembikai, nangka, limau manis/bali dan termasuk beberapa jenis dari klon mangga.
Buah-buahan yang bermusim boleh didapati sekali atau dua kali
setahun Musim buah-buahan utama bermula dari pertengahan Jun hingga
kepertengahan bulan Ogos. Musim buah-buahan kedua biasanya kurang
jelas kerana pengeluaran hasilnya berkurangan dan biasanya terdapat
dalam bulan Desember hingga Februari. Musim-musim ini juga mungkin
berlaku lebih awal atau terlewat diantara 1 – 2 bulan bergantung kepada
tempat atau lokasi. Buah-buahan bermusim yang terkenal ialah Durian,
rambutan, duku, langsat, duku langsat dan manggis.
 | | | | |